Zakat

Zakat Pendapatan

 

Zakat pendapatan bermaksud zakat perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

 

Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

 

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

 

Surah Al-Baqarah (2): 267

 

Niat Membayar Zakat

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun berakhir …………. kerana Allah Ta’ala.