Zakat ternakan diwajibkan ke atas lembu, kerbau, kambing, biri-biri, dan unta apabila memenuhi syarat seperti milik sendiri, cukup haul (setahun), dan mencapai nisab (jumlah minimum) yang ditetapkan, serta dipelihara untuk tujuan pembiakan atau pengeluaran dan mencari makanan sendiri di padang rumput.
Niat Membayar Zakat
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Ternakanyang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun berakhir …………. kerana Allah Ta’ala.