Abi Salman daripada Maahad Tahfiz Sulaymaniah Turkey telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM (ACIS) untuk membincangkan kerjasama dalam bidang tahfiz Al-Quran yang boleh diadakan bagi manafaat bersama. Di antara perbincangan yang diadakan termasuk projek perintis untuk MTS menyediakan asrama bagi menempatkan mahasiswa UiTM Shah Alam.
Bagi melancarkan lagi kerjasama antara dua institusi ini, ACIS akan mengadakan MOU bersama MTS untuk mengadakan pendidikan jangka panjang terutama mobiliti pelajar tahfiz ACIS ke Turkey.