Profil MTS

LATAR BELAKANG MTS

PENGENALAN

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) merupakan organisasi sosial yang diwujudkan sebagai institusi pembelajaran berasaskan kepada konsep pendidikan islam bersepadu di mana kurikulum penghafalan Al-Quran menjadi teras utama pembelajaran di dalam melahirkan generasi Muslim yang bertaqwa dan berilmu pengetahuan.

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fadhu kifayah dan bukan bertujuan memperolehi keuntungan.​

Asas kepada pembangunan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di serata dunia adalah waqaf.

Mulai 2020, MTS Malaysia memperkenalkan program Daimi & Akademik.

Rangkaian maahad tahfiz kami berpusat di Turki dengan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dan 22 cawangan di Malaysia.

SEJARAH MTS

PERMULAAN

Diasaskan oleh Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan k.s (1888-1959) lebih daripada 100 tahun lalu. Berkat usaha beliau mengajarkan dan mengembangkan ilmu Al-Quran di zaman pemerintahan sosialis Kemal Ataturk, maka sekarang kita mendapat rahmat dari pengorbanan beliau.

MTS Malaysia ditubuhkan pada 2008, dengan sokongan sukarelawan Malaysia dan Turki. Kini MTS Malaysia telah melahirkan ratusan Hafiz dan Hafizah yang akan membantu membentuk generasi baru yang berilmu dan bertaqwa.

Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan k.s.

(1888-1959)

Visi Kami

Melahirkan generasi muslim yang menghafal al-Quran dan berpegang dengan ajarannya. Membentuk para ulama dan pemimpin masa depan yang dapat menguasai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Misi Kami

Menjadi mercu tanda pendidikan ilmu-ilmu islam dan gerakan massa yang berdaya saing.