SEKOLAH RENDAH ISLAM BESTARI AL MUHSININ BANDAR BARU TANGKAK, Johor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MTS Alor Setar pada hari Sabtu, 6 JULAI 2024. Seramai 37 murid lelaki dan perempuan bersama 7 guru pengiring telah hadir dan disambut oleh para abi dan pelajar di sana.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian dari pihak MTS mengenai kaedah mudah menghafaz al-Quran, sistem pembelajaran di MTS, hala tuju murid MTS, serta tarbiyah dan nasihat kepada guru dan murid.
Buat masa ini, MTS hanya ada satu cawangan di Skudai.
Semoga ada hamba Allah yang sudi mewakafkan asrama baru di mana-mana lokasi lain di negeri Johor Darul Takzim.
اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْآن
Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran.
Gambar oleh SRIB Al Muhsinin.