Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) merupakan organisasi sosial yang diwujudkan sebagai institusi pembelajaran berasaskan kepada konsep pendidikan islam bersepadu, dimanakurikulum penghafalan Al-Quran menjadi teras utama pembelajaran di dalam melahirkan generasi huffaz profesional yang bertaqwa dan berilmu pengetahuan serta mempunyai masa depan yang jelas.
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan bukan bertujuan memperoleh keuntungan. Asas kepada pembangunan institusi ini diserata dunia adalah waqaf
Kompleks MTS Cawangan Bangi yang sedang dibina adalah cawangan yang ke – 23 di Malaysia. Sebelum ini, kami terpaksa menolak permintaan yang tinggi untuk kemasukan pelajar dari kalangan ibu bapa yang bersungguh-sunnguh mahu jadikan anak-anak mereka sebagai hafiz Quran yang profesional dan seimbang dunia dan akhirat. Ini menjadi teraju utama MTS yang seterusnya dibina.
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) telah berjaya melahirkan melalui 22 cawangan di Malaysia lebih dari
bermula tahun 2008.
MTS Memiliki cawangan-cawangan hampir di semua negeri di Malaysia. Kami menyeru untuk semua warga Malaysia untuk turut aktif dalam pelbagai aktiviti yang diadakan oleh pihak MTS, melalui penglibatan anda MTS akan terus memperluas dan berkhidmat untuk membentuk generasi-generasi yang mempunyai syahsiah Al-Quran.
Alhamdulillah, ada hamba Allah sudi mewakafkan 0.4 ekar tanah. Cuma mereka masih kekurangan dana untuk membina bangunan baru di atas tanah tersebut. Dianggarkan untuk membina kompleks maahad menelan kos sehingga kira-kira RM4,5 juta.
Pembinaan kompleks ini mematuhi keperluan undang-undang dan piawaian yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan pelajar dan menjamin kelestarian kompleks yang sedang dibina.
Kompleks Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Cawangan Bangi yang telah dirancang bertujuan untuk membina maahad tahfiz berasrama 3 tingkat yang boleh menampung seramai 72 orang pelajar. Ini untuk memberi ruang kepada pelajar dari kawasan Bangi khususnya dan kawasan sekitarnya kondusif dan selesa.
Pembinaan ini perlu disegerakan penyempurnaannya untuk mengelakkan kos tambahan dan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan bangunan.
Dengan sokongan modal dan material yang anda berikan, Alhamdulillah MTS ini akan mendidik dan melahirkan ribuan hafiz dan hafizah yang kemudiannya berkhidmat kepada masyarakat muslim dengan ilmu yang telah mereka pelajari.
Bayangkan pahala jariah kita banyak secara tanpa sedar dengan bantuan anda pada kehidupan kita di dunia. Selagimana sekolah yang dibina ini wujud sehingga bila-bila saham yang kita invest akan memberikan pulangan yang jauh berlipat kali ganda terutama dibulan Ramadan yang mulia.

Bina sekolah agama di atas tanah wakaf bersama kami dalam kempen
Setiap sumbangan anda layak mendapat potongan cukai & MTS Juga secara rasmi dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai Penolong Amil Zakat.
©Tahfiz Turki | oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Malaysia