Zakat

Zakat Saham

Zakat saham ialah zakat yang diwajibkan ke atas nilai saham yang dimiliki jika ia patuh syariah dan mencapai nisab (nilai 85 gram emas) serta haul (tempoh setahun). Kadar zakat ialah 2.5% daripada nilai pasaran saham pada hujung tempoh haul (setahun), termasuk nilai dividen yang diterima dan baki dalam akaun amanah.

Niat Membayar Zakat

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat KWSP yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.