Setiap ringgit yang disalurkan bukan sekadar bantuan kewangan — ia adalah pelaburan yang melahirkan generasi huffaz berilmu, berakhlak dan berkhidmat kepada ummah.
Huffaz Berjaya Dilahirkan
Huffaz Sedang Mengaji
Pengajian Lanjutan ke Turki
Perkembangan semasa dan usaha berterusan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah
Setiap sumbangan dan sokongan anda membolehkan kami terus melebarkan sayap demi melahirkan lebih ramai pelapis yang akan memelihara alquranul karim.
Sejak penubuhan MTS pada tahun 2006, ribuan pelajar telah mendapat manfaat. Hari ini, majoriti mereka kembali mengajar dan membimbing generasi baharu calon huffaz — menjadikan pahala kebaikan ini terus mengalir, bersambung dari seorang guru kepada seorang murid sehinggalah hari kiamat.
Dengan satu niat ikhlas anda menunaikan zakat melalui Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS), Allah SWT menjadikan anda sebahagian daripada perjuangan agung ini.
Setiap helaian alquranul karim yang dibaca oleh lebih 1,500 huffaz MTS hari ini akan ditulis pahalanya untuk anda. Suara mereka yang merdu mengalunkan kalam Allah SWT, seolah-olah mengalirkan cahaya pahala tanpa henti ke dalam timbangan amal anda.
Dan esok, apabila mereka menamatkan hafazan, mereka pula akan melahirkan puluhan bahkan ratusan huffaz baharu. Lalu bacaan murid, murid kepada murid, dan seterusnya hingga berzaman-zaman — semuanya tetap terikat pada anda. Hingga ke hari kiamat, pahala itu tidak akan terhenti.
Jadilah sebahagian daripada legasi ini. Kerana setiap detik yang anda tangguh, ribuan ayat dibaca... dan pahala itu boleh jadi milik anda.
Tunaikan Zakat SekarangTransaksi selamat dan diyakini oleh institusi rasmi.
WhatsApp Kami
Leave a Reply