Profil MTS

LATAR BELAKANG MTS

PENGENALAN

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) merupakan organisasi sosial yang diwujudkan sebagai institusi pembelajaran berasaskan kepada konsep pendidikan islam bersepadu di mana kurikulum penghafalan Al-Quran menjadi teras utama pembelajaran di dalam melahirkan generasi Muslim yang bertaqwa dan berilmu pengetahuan.

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fadhu kifayah dan bukan bertujuan memperolehi keuntungan.​

Asas kepada pembangunan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah adalah waqaf.

Mulai 2020, MTS Malaysia memperkenalkan program Daimi & Akademik.

Kini, Maahad Tahfiz SUlaimainniyyah mempunyai 22 cawangan di seluruh Malaysia.

SEJARAH MTS

PERMULAAN

MTS Malaysia ditubuhkan pada 2008, dengan sokongan sukarelawan Malaysia dan Turki. Kini MTS Malaysia telah melahirkan ratusan Hafiz dan Hafizah yang akan membantu membentuk generasi baru yang berilmu dan bertaqwa.

Visi Kami

Melahirkan generasi muslim yang menghafal Al-Quranul Karim dan berpegang dengan ajarannya. Membentuk para ulama dan pemimpin masa depan yang dapat menguasai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Misi Kami

Menjadi mercu tanda pendidikan ilmu-ilmu islam dan gerakan massa yang berdaya saing.