Berita Terkini - Kunjungan Hormat LZS ke MTS
Buletin Semasa

Kunjungan Hormat Lembaga Zakat Selangor ke Ibu Pejabat MTS

20 November 2025
Seksyen 7, Shah Alam
Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Ibu Pejabat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Malaysia menerima kunjungan hormat daripada rombongan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Delegasi ini diketuai oleh Hj. Ahmad Zaidi Laynan bin Zainuddin, Ketua Jabatan Pentadbiran & Sokongan LZS, dengan diiringi oleh enam orang pegawai kanan.

Rangkuman Majlis

Sambutan & Mahabbah

Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Ketua Divisyen Funding & Dakwah MTS bersama barisan Ikhwan Family Support Group (FSG). Ziarah dimulakan dengan hidangan sarapan Turki di Dewan Makan MTS sambil berbincang mengenai pengukuhan kerjasama strategik.

Sesi Pembentangan

Perkongsian mengenai sejarah, struktur operasi, dan silibus khas MTS yang berasaskan disiplin ilmu Al-Quranul Karim, bahasa Arab, tazkiyah serta adab. Turut dikongsikan adalah impak positif bantuan agihan zakat LZS sejak tahun 2018.

Pengiktirafan Rasmi

Penyerahan Sijil Tauliah Penolong Amil Kekal

Kemuncak majlis diserikan dengan penyerahan sijil tauliah ini kepada MTS. Ia merupakan pengiktirafan rasmi daripada LZS terhadap MTS sebagai Penolong Amil yang sah bagi menguruskan urusan kutipan zakat di bawah seliaan Lembaga Zakat Selangor secara kekal.

"Pihak MTS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan keyakinan LZS terhadap usaha kami dalam melahirkan generasi huffaz Al-Quranul Karim yang beradab, berakhlak serta berwibawa sebagai pewaris perjuangan Islam. Semoga ziarah mahabbah ini menjadi wasilah mengukuhkan hubungan strategik dalam membangunkan ummah."

Pihak Pengurusan

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia


Teruskan Sokongan Anda

Jadilah sebahagian daripada usaha murni memelihara Al-Quranul Karim. Tunaikan kewajipan zakat anda bersama institusi yang dipercayai dan diiktiraf.

Jom Zakat Sekarang

Pautan rasmi: Bit.ly/zakatmts

© 2026 Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Malaysia. Semua hak cipta terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *